DAFTAR SEKARANG
Tarikh Tutup Pendaftaran: 13 JUN 2025
-
Gombak Social League ialah Penganjur Liga di bawah Program FAS Affiliated League 2025.
Gombak Social League 2025 akan berlangsung selama 11 minggu.
-
Pendaftaran ditutup: 13 JUN 2025
Sepak mula Gombak Social League 2024: 16 JUN 2025
-
Yuran pendaftaran: RM500 setiap pasukan.
Bayaran perlawanan: RM550 setiap perlawanan.
Gambar perlawanan, air minuman 1 kotak, medic dan gambar perlawanan disediakan secara PERCUMA.
-
JUARA: RM4,000 + Piala Pusingan + Slot Playoff SCL 2025
NAIB JUARA: RM2,000 + Slot Playoff SCL 2025
TEMPAT KE-3: RM800
PENJARING TERBANYAK: RM500
-
FORMAT: 12 pasukan akan bermain dalam format liga. 8 pasukan teratas akan mara ke peringkat kalah mati. iaitu pusingan Suku Akhir, Separuh Akhir & Akhir.
JUMLAH PERLAWANAN: Setiap pasukan akan bermain satu kali seminggu. Setiap pasukan akan bermain sebanyak 11 kali.
KUTIPAN MATA: Menang (3 mata), Seri (1 mata), Kalah (0 mata).
-
Semua perlawanan akan diadakan di UIA FOOTBALL TURF, GOMBAK.
-
PENDAFTARAN PEMAIN: Terbuka kepada pemain warganegara MALAYSIA sahaja.
JUMLAH PEMAIN: 30 pemain setiap pasukan
JULAH PEGAWAI: 6 pegawai pasukan.
Semua pemain & pegawai pasukan haruslah mendaftar didalam borang yang telah disedaikan oleh pihak Football Gombak.
LARANGAN PEMAIN: Pemain yang bermain atau berdaftar dalam Piala Belia, Piala presiden, Liga Perdana/Bawah 23, Liga Super pada tahun 2025 tidak dibenarkan untuk didaftarkan dan bermain.
PENDAFTARAN PEMAIN DI HARI PERLAWANAN: 22 pemain sahaja dibenarkan berdaftar/bermain semasa hari perlawanan. Pemain yang didaftarkan sahaja dibenarkan bermain. Guest player tidak dibenarkan. Setiap pasukan harus mendaftar pemain yang bermain 60 minit sebelum sepak mula. menggunakan kad pengenalan/lesen asal. Selepas perlawanan dimulakan, pemain yang hadir boleh didaftarkan. Setiap pendaftaran perlawanan, kad pengenalan diri asal akan digunakan untuk pengesahan pemain.
ROLLING SUB: Pemain yang telah keluar atau digantikan dibenarkan untuk masuk semula ketika perlawanan.
MASA PERMAINAN: 35 minit separuh masa pertama, 5 minit rehat dan 35 minit separuh masa kedua.
VENUE PERLAWANAN: UIA Football Turf, Gombak.
PEGAWAI PERLAWANAN: 3 pengadil dan 1 pegawai penganjur akan bertugas pada setiap perlawanan.
BOLA PERLAWANAN: Disediakan oleh pihak penganjur.
PAKAIAN: Setiap pasukan diminta untuk menyediakan 2 set jersi setiap perlawanan. Jika warna jersi sama, pasukan pelawat (AWAY) akan diminta untuk menukar jersi. Stoking panjang & shin pad diwajibkan pakai sepanjang perlawanan.
PERLAWANAN DIHENTIKAN AKIBAT CUACA ATAU INSIDEN TIDAK DIJANGKA: Sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan sebelum tamat masa permainan penuh (70 minit), keputusan perlawanan akan dikendalikan seperti berikut:
A. Jika perlawanan dihentikan selepas tamat separuh masa pertama (35 minit), keputusan semasa perlawanan akan dikira sebagai muktamad. Ini bersesuaian dengan amalan dalam kejohanan amatur di mana sekurang-kurangnya separuh masa telah dimainkan.
B. Jika perlawanan dihentikan sebelum tamat separuh masa pertama, perlawanan akan diulang semula sepenuhnya pada tarikh baharu yang akan ditentukan oleh Football Gombak. Gol, kad, dan keputusan dari perlawanan yang terbatal tidak akan diambil kira.
Nota:
Jawatankuasa Pertandingan berhak membuat keputusan muktamad berdasarkan laporan rasmi pengadil dan pegawai perlawanan.
Sebarang keputusan rasmi akan dimaklumkan dalam tempoh 48 jam selepas kejadian.
Pasukan yang enggan atau gagal hadir untuk perlawanan ulangan boleh dikenakan kekalahan walkover (WO).
AMARAN: Pasukan/pemain yang terlibat dalam pergaduhan akan didenda minimum RM1000. Jawatankuasa pertandingan akan memutuskan pihak yang bersalah dan denda bayaran minimum RM1000.